Resepi ayam masak lemak cili api




Bahan-bahanya :-
3-5 ketul Ayam
2 biji kentang
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit
1 keping asam gelugor
Air santan
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Secubit ajinamoto

Bahan-bahan utk di kisar :-
1 biji bawang besar
5 biji bawang kecik
3 ulas bawang putih
1 inci halia
10-20 tangkai cili api

Cara membuat :-
1) panaskan minyak, masukkan serai dan biarkn selama 1minit,kemudian masukkan bahan yg dikisar td ke dlm periuk/kuali, kacau sehingga naik bau dan kalau dah rasa puas hati masukkan ayam dan kentang,kacau sekejap pastu tutup ayam tu dgn penutup periuk ke,biar ayam tu betul2 masak dlm 10-15 minit

2) kemudian masukkan santan,asam gelugor,garam,gula,ajinamoto, pastu kacau la, smpai ia bunyi top top tu.hehehehe.

3) tutup api dapur dan dah boleh hidang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ALOE VERA (ARISSA PLUS)

Khidmat Rawatan Bekam & Urut Urat Saraf (Lelaki Only)

Tauge Goreng Berkuah