Tauge Goreng Berkuah

Hai..

Malam tadi aku try masak tauge  goreng berkuah, Nama resepi asalnya 'tauge goreng' je tapi aku ni suke yang berkuah jadi aku namakan resepi ni 'tauge goreng berkuah' la.hehehe

Sebenarnya dah lama aku salin resepi ni tapi baru semalam aku buat.
aku x ingat la pula dari blog mana aku salin resepi ni. Apa-apa pun aku nk ucapkan terima kasih kepada orang tersebut kerana bagi resepi.

Nak tahu mak aku komen apa selepas aku siap memasak?
" masak senang je tapi bertahun menunggu siap" hehehe



ini lah hasilnya, sgt simple
Aku baru sedar rupa-rupanya memasak ni seronok tau lebih-lebih lagi apa yang kita masak tu menjadi.hehehehehe.

Bahan-bahannya :

segenggam tauge

seikat daun kucai dipotong semanjang (ikut suka nak panjang mana pn)

2 keping tauhu dipotong 6 bahagian

2 biji bawang merah dihiris

2 ulas bawang putih sebatang cili merah dihiris

segenggam ikan bilis

 sedikit kicap (tp aku guna kicap kipas udang)

cara membuatnya :

1) Tumis ikan bilis, bawang merah, bawang putih & cili merah yang telah dihiris sehingga waena kekuningan

2) masukkan tauge dan daun kucai pastu biarkan seketika

3) masukkan kicap dan tauhu pastu kacau/gaul rata

* kalo nk berkuah letak la air sedikit

4) kemudian masukkan garam secubit dan serbuk secukup rasa maggie 1/2 sudu kecil

5) kacau dan biarkan seketika sehingga mengelegak kuahnya

pastu siap, dah boleh hidang.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ALOE VERA (ARISSA PLUS)

Khidmat Rawatan Bekam & Urut Urat Saraf (Lelaki Only)