Ayam masak lemon



Bahan-bahan:

Isi ayam -dipotong dadu (ikut suka nk byk mana pn)
Tepung jagung
minyak masak
garam secukup rasa

1 biji bawang besar - dihiris
5 sudu besar jus lemon
2 sudu besar cuka
1 mangkuk air (ikut suka la nak kuah byk mana)
4 sudu besar gula

Cara membuatnya :

1) Basuh  bersih ayam yg dipotong tadi, kemudian taburkan tepung jagung dan garam dan gaulkan bersama-sama ayam tadi.

2) Panaskn minyak untuk mengoreng, apabila minyak dah agak panas sedikit masukkan ayam tadi kedalam kuali.

3) Goreng sehingga garing kemudian angkat dan asingkan, (kalau sy, x suka goreng garing sgt nti x sedap sb keras,hehehehe)

4) Tumis bawang besar sehingga nampak kecut kemudian masukkn air,biarkan sekejap pastu masukkan jus lemon,cuka,dan gula, kacau sehingga kuah kelihatan pekat, pastu boleh angkat dan hidangkan.

sekian, selamat mencuba

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ALOE VERA (ARISSA PLUS)

Khidmat Rawatan Bekam & Urut Urat Saraf (Lelaki Only)

Tauge Goreng Berkuah