Sayur Masak Sos Tiram

Salam,
Hari tu, cuti hari malaysia aku bosan giler, aku bukak tudung saji tapi xde benda nak makan. Mak aku tak masak sebab masing-masing keletihan, semalam smpai rumah kul 3.00 pagi.  So aku fikir la nak masak yang simple-simple je.
selak punya selak buku diary aku,terlihat la menu yang aku suka gak makan. so aku try la buat. Ni resepi paling malas la.hehehehehe..


Bahan-bahan :

Sayur pak choy










4 sudu besar Sos Tiram
2 ulas bawang putih - dicincang/ditumbuk
2 sudu minyak
1 mangkuk kecil air

Cara membuatnya :

1) Rebus sayur pak choy seketika (jgn lama sgt tau), pastu toskan dan asingkan dalam pinggan
2) Tumis bawang putih sehingga wangi
3) masukkan sos tiram dan kacau seketika sehingga mendidih dan kemudian masukkan air dan kacau sehingga mendidih lagi skali.
4) pastu boleh tutup api..Tuangkan sos tiram tadi ke atas sayur yg telah diasingkan tadi.

ni la hasilnya " sayur sos tiram"

Sedap apa aku masak, tp mak aku kata tak sedap..ish ni tak leh jadi ni..ala sebenarnya mak aku tak bagi aku makan sos tiram atau segala perencah apa pun. Katanya: tak elok untuk kesihatan..itu lah yang slalu mak aku katakan..

Seronok memasak sebenarnya, lebih-lebih lagi ada orang bagi kata-kata semangat kat kita..ehm...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ALOE VERA (ARISSA PLUS)

Khidmat Rawatan Bekam & Urut Urat Saraf (Lelaki Only)

Tauge Goreng Berkuah