Resepi Kek Chocolate Moist

Assalammualaikum..

Kek ni paling famous, dlm 2 bulan ni lebih kurang 10-20 kali aku buat kek ni. aku bawa pergi rumah terbuka makcik n pak cik aku, baru je letak kat atas meja makanan dah habis..Tak sangka laku gak kek tu..ya..hehehehe..yang pastinya hasil air tangan aku sendiri..hehehehe.

Memandangkan, ramai kawan-kawan aku yang bertanya, So aku bagi  resepi kek chocolate moist ni.
Senang je nak buat kek ni..Tak susah pun. Sesiapa nak salin, salin la. aku tak kisah pun, sebab aku pun dpt resepi ni dari officemate aku.hehehehe.


Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum - diayak
2 cawan serbuk koko - diayak
2 cawan gula
3 sudu teh soda barkabonat - diayak
2 cawan minyak jagung
1 tin susu pekat
2 cawan air panas
4 biji telur

Cara membuatnya:

1) sediakan bekas besar, campurkan tepung,serbuk koko,gula,dan barkabonat kemudian kacau sampai sebati.

2) apabila dah sebati, masukkan minyak jagung,dan kacau lagi

3) pastu, masukkan susu pekat, dan kacau lagi.

4) pastu, masukkan  air panas, dan kacau lagi

5) pastu, masukkan telur, dan kacau lagi sampai betul-betul sebati tau. Apabila dah sebati tuangkan dalam loyang atau bekas tuperware yg tahan panas kemudian kukus la.dalam masa 45minit.

tapi aku tak ikut masa pun, kadang-kadang aku kukus sampai 1jam 30minit. ikut korang la.kalo dah masak, boleh tutup api. kalau nak tahu kek tu betul-betul dah masak, cucuk la tengah-tengah kek tu dgn sudu,kalau ada cair lagi, maknanya tak masak lagi la tu.

kalau tak nak kukus pun, boleh gak bakar kat oven.

Cara buat chocolate nya:

Cairkan chocolate bar / chocolate cooking dan masukkan minyak jagung sedikit 1/4 cawan.dgn bawahnya ada air mendidih.

Apabila dah cair, tuangkan ke atas kek tadi yang telah siap dikukus.
Yang kreatif, bolehlah hias kek tu ikut suka..aku memang x kretif pn.hehehehe


inilah hasilnya.

Sory la, picture ni terbalik. cmne nak rotate yer?

Ok, selamat mencuba,...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ALOE VERA (ARISSA PLUS)

Khidmat Rawatan Bekam & Urut Urat Saraf (Lelaki Only)

Tauge Goreng Berkuah