Hasrat Menunaikan Haji


salam,

Hai kengkawan aku nk bgtau aku dah daftar haji pagi tadi. Korang cmne? dah daftar ke belum? daftar haji awal tak semestinya kita akan pergi haji dalam tahun ni juga, ia kena ikut prosidur mengikut qouta. Aku dijangka pergi  haji tahun 1473 Hijrah / 2052 Masihi, lagi 40 tahun dari sekarang,lama lagi kan? tapi kalau nak cepat boleh buat rayuan selepas 5tahun berdaftar.

Nak daftar Haji syaratnya perlu ada dalam simpanan tabung haji minimum RM1300 ataupun boleh buat potongan melalui KWSP, baru la boleh daftar. Ala, daftar bukanya lama pun, lebih kurang 5 hingga 10 minit je. Cepat kan?

Ada yang kata belum bersedia nak pergi haji la, ada juga kata banyak dosa dan belum bertaubat lagi la dan ada pula yang kata nanti bila kat sana dapat balasan cash dari "ALLAH" la. banyak lagi kata-kata lain. tapi x pe, itu semua belakang kira, yg penting daftarlah la awal-awal, nanti senang.

Aku tak kata aku ni baik sgt, aku ni pun macam korang-korang juga, hahahahaha
tak ape la, berdoa je la agar aku dan korang-korang semua dapat hidayah dari ALLAH. Amin.

Actually aku nak bgtau, seronok tau menyimpan duit, lebih-lebih lagi bila tgk duit simpanan tu dah banyak..hehehehehe. Aku rase mcm nak berlumba-lumba simpan duit, nak lagi banyak, lagi bertambah banyak,hehehe, hai maklumlah, manusia ni kadang-kadang ada sifat tamak juga,tapi nak tamak tu biarlah ke arah kebaikkan dan fikir untuk masa hadapan. kita manusia bukan selalunya senang, kadang-kadang ada juga rasa susah atau kesempitan especially kewangan. Tetapi kalau duit dah banyak tu jangan pula lupa bayar zakat.

Zakat ni, salah satunya, secara rohaninya mencuci hati kita tau, ni pengalaman aku sendiri tau, contohnya bulan puasa hari tu, aku gelisah je hati aku, dalam hati aku sering berkata "kenapa ni?,kenapa ni?, kenap ni?" aku tanya banyak kali, sejenak kemudian aku terfikir zakat, pergi mana-mana je ada banner PPZ (Pusat Punggutan Zakat). Manusia biasalah, info yang baik slalu diabaikan setiap banner-banner kat jalan raya tu, termasuklah aku sendiri, hehehehe. Gelisah tu makin kuat, x senang duduk dibuatnya, jadi balik je rumah aku ingatkan ayah aku suh bayar zakat. Aku bawa lah ayah aku pergi bayar zakat di tepi jalan raya berhadapan dengan masjid. Rasa lega aku sebab ayah aku dah bayar zakat untuk kami sekeluarga.

Aku tak tahu tau sebenarnya zakat fitrah tu,aku boleh bayar sendiri untuk aku dan keluarga aku dgn duit aku sendiri. Aku ingatkan, anak perempuan yg belom kahwin, ayah yang perlu banyar untuk ahli keluarganya. So sekarang ni aku dah mengertilah..hehehe.

Bukan zakat fitrah je kita kena keluarkan, banyak lagi, seperti zakat simpanan, zakat KWSP, zakat emas, setakat ni itu yg aku tahu la..

Aduh! panjang menjela pula aku membebel ni. mesti korang bosan nak baca kan? ini hanya sebahagian info yang aku tahu la ek. kalau ada yang salah atau silap, maafkan aku dan korang boleh komenlah yang salah tu agar aku boleh memperbetulkan persepsi aku.

sampai disini aja lah aku berceloteh,

Mahu jadikan blog aku ni yang menarik lagi tertarik, Aku ambil rangkap kata dari uztaz Don,

Yang baik dijadi teladan dan yang buruk dijadikan sempadan,
dan
Yang baik datangnya dari Allah yang buruk dari kesilapan aku sendiri.

sekian, terima kasih, Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ALOE VERA (ARISSA PLUS)

Khidmat Rawatan Bekam & Urut Urat Saraf (Lelaki Only)

Tauge Goreng Berkuah