Puding Caremal



Dulu aku suka giler makan puding ni, tapi sekarang dah kurang sikit la sebab manis sangat.setiap hari makan boleh muak juga.Resepi ni kawan aku yang bagi, nama dia fasha, baik orangnya, suka tolong orang,

Bahan-bahan:

4 keping roti
1 tin susu cair
1 sudu asen vanila ( untuk bau wangi)
4 sudu susu pekat
1 cawan air suam
3 biji telur

Cara membuatnya:

1) Blender kesemua bahan kecuali telur
2)Telur pecahkan dalam bekas lain dan kacau,jangan sampai berbuih tau,nanti puding nampak tak cantik

Cara nak buat kuah
a) goreng gula tanpa minyak 1 cawan sampai perang sedikit sahaja. Jaga api jangan sampai hangit,nanti x sedap rasa pahit.
b) kemudian masukkan air 1 cawan dan kacau sampai ia x berketul.
c) pastu tuangkn air gula tadi kedalam acuan atau loyang - biarkn sejuk seketika

3) Berbalik pada bahan yang dah diblender tadi, campurkan bahan blender dengan telur dan kacau supaya sebati.
4) Selepas dah sebati, tuangkan kedalam loyang yang berisi air gula tadi, tapi ingat tau, selepas tuang jangan kacau pula, biarkan air gula dilapisan bawah.
5) Selepas itu, dah boleh kukus tempoh kukus lebih kurang 1jam.
6) selepas dah kukus, biarkan ia sejuk, bila dah sejuk boleh terbalikkan kat pingan

** sebelum nak terbalikkan kat pinggan, keluarkan air gula kat puding tu dulu sebab nanti semasa nak terbalikkan, tak la kuah tu tumpah.

** sesiapa yang tak nak terlalu manis bolehlah kurangkan susu pekat.atau tak payah letak langsung susu pekat.

ok la, sampai sini je la resepinya.
 Selamat mencuba

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ALOE VERA (ARISSA PLUS)

Khidmat Rawatan Bekam & Urut Urat Saraf (Lelaki Only)

Tauge Goreng Berkuah