Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

Sayur Masak Sos Tiram

Imej
Salam, Hari tu, cuti hari malaysia aku bosan giler, aku bukak tudung saji tapi xde benda nak makan. Mak aku tak masak sebab masing-masing keletihan, semalam smpai rumah kul 3.00 pagi.  So aku fikir la nak masak yang simple-simple je. selak punya selak buku diary aku,terlihat la menu yang aku suka gak makan. so aku try la buat. Ni resepi paling malas la.hehehehehe.. Bahan-bahan : Sayur pak choy 4 sudu besar Sos Tiram 2 ulas bawang putih - dicincang/ditumbuk 2 sudu minyak 1 mangkuk kecil air Cara membuatnya : 1) Rebus sayur pak choy seketika (jgn lama sgt tau), pastu toskan dan asingkan dalam pinggan 2) Tumis bawang putih sehingga wangi 3) masukkan sos tiram dan kacau seketika sehingga mendidih dan kemudian masukkan air dan kacau sehingga mendidih lagi skali. 4) pastu boleh tutup api..Tuangkan sos tiram tadi ke atas sayur yg telah diasingkan tadi. ni la hasilnya " sayur sos tiram" Sedap apa aku masak, tp mak aku kata tak sedap..ish ni tak le...

Resepi Kek Chocolate Moist

Imej
Assalammualaikum.. Kek ni paling famous, dlm 2 bulan ni lebih kurang 10-20 kali aku buat kek ni. aku bawa pergi rumah terbuka makcik n pak cik aku, baru je letak kat atas meja makanan dah habis..Tak sangka laku gak kek tu..ya..hehehehe..yang pastinya hasil air tangan aku sendiri..hehehehe. Memandangkan, ramai kawan-kawan aku yang bertanya, So aku bagi  resepi kek chocolate moist ni. Senang je nak buat kek ni..Tak susah pun. Sesiapa nak salin, salin la. aku tak kisah pun, sebab aku pun dpt resepi ni dari officemate aku.hehehehe. Bahan-bahan: 3 cawan tepung gandum - diayak 2 cawan serbuk koko - diayak 2 cawan gula 3 sudu teh soda barkabonat - diayak 2 cawan minyak jagung 1 tin susu pekat 2 cawan air panas 4 biji telur Cara membuatnya: 1) sediakan bekas besar, campurkan tepung,serbuk koko,gula,dan barkabonat kemudian kacau sampai sebati. 2) apabila dah sebati, masukkan minyak jagung,dan kacau lagi 3) pastu, masukkan susu pekat, dan kacau lagi. ...

Tauge Goreng Berkuah

Imej
Hai.. Malam tadi aku try masak tauge  goreng berkuah, Nama resepi asalnya 'tauge goreng' je tapi aku ni suke yang berkuah jadi aku namakan resepi ni 'tauge goreng berkuah' la.hehehe Sebenarnya dah lama aku salin resepi ni tapi baru semalam aku buat. aku x ingat la pula dari blog mana aku salin resepi ni. Apa-apa pun aku nk ucapkan terima kasih kepada orang tersebut kerana bagi resepi. Nak tahu mak aku komen apa selepas aku siap memasak? " masak senang je tapi bertahun menunggu siap" hehehe ini lah hasilnya, sgt simple Aku baru sedar rupa-rupanya memasak ni seronok tau lebih-lebih lagi apa yang kita masak tu menjadi.hehehehehe. Bahan-bahannya : segenggam tauge seikat daun kucai dipotong semanjang (ikut suka nak panjang mana pn) 2 keping tauhu dipotong 6 bahagian 2 biji bawang merah dihiris 2 ulas bawang putih sebatang cili merah dihiris segenggam ikan bilis  sedikit kicap (tp aku guna kicap kipas udang) cara membuatnya : 1)...

Hasrat Menunaikan Haji

salam, Hai kengkawan aku nk bgtau aku dah daftar haji pagi tadi. Korang cmne? dah daftar ke belum? daftar haji awal tak semestinya kita akan pergi haji dalam tahun ni juga, ia kena ikut prosidur mengikut qouta . Aku dijangka pergi  haji tahun 1473 Hijrah / 2052 Masihi, lagi 40 tahun dari sekarang,lama lagi kan? tapi kalau nak cepat boleh buat rayuan selepas 5tahun berdaftar. Nak daftar Haji syaratnya perlu ada dalam simpanan tabung haji minimum RM1300 ataupun boleh buat potongan melalui KWSP, baru la boleh daftar. Ala, daftar bukanya lama pun, lebih kurang 5 hingga 10 minit je. Cepat kan? Ada yang kata belum bersedia nak pergi haji la, ada juga kata banyak dosa dan belum bertaubat lagi la dan ada pula yang kata nanti bila kat sana dapat balasan cash dari "ALLAH" la. banyak lagi kata-kata lain. tapi x pe, itu semua belakang kira, yg penting daftarlah la awal-awal, nanti senang. Aku tak kata aku ni baik sgt, aku ni pun macam korang-korang juga, hahahahaha tak ape la,...

Treatment untuk kereta aku

Imej
Salam, Saya ni tak ramai adik beradik pun,ada 2 org je termasuk aku, sorang lagi akak aku. Aku ni kira lasak cikit lepas habis SPM aku terus amik lesen motor dan kereta dengan harapan aku nak bawak kereta ayah aku,time tu excited sgt la nk drive kereta ayah aku. Kereta ayah aku jenis Proton iswara je. Tapi ayah aku ni kedekut cikit kalo drive kareta dia sebab dia dah modify kereta Proton jadi ala-ala kereta Frrerari,. semasa aku belajar kat politeknik shah alam baru la aku dapat drive dengan alasan tak mahu susah ayah aku nak hantar aku (padahal dlm hati gembira)...sekali aku dah dpt drive kareta tu,apa lagi kerap la drive..hehehehe. selama aku drive kater tu,banyak kerosakkan yang aku buat. Ayah aku hari-hari membebel kat aku. ayah aku ckp aku ni tahu bawa je kereta tapi tak tahu jaga kereta dari bahagian body nya sehingga la ke bahagian enjin nya. Nak pendekkan cerita, awal tahun 2011 ayah aku kena strok, lumpuh separuh badan, secara automatik kereta tu diambil alih ol...

Ayam masak lemon

Imej
Bahan-bahan: Isi ayam -dipotong dadu (ikut suka nk byk mana pn) Tepung jagung minyak masak garam secukup rasa 1 biji bawang besar - dihiris 5 sudu besar jus lemon 2 sudu besar cuka 1 mangkuk air (ikut suka la nak kuah byk mana) 4 sudu besar gula Cara membuatnya : 1) Basuh  bersih ayam yg dipotong tadi, kemudian taburkan tepung jagung dan garam dan gaulkan bersama-sama ayam tadi. 2) Panaskn minyak untuk mengoreng, apabila minyak dah agak panas sedikit masukkan ayam tadi kedalam kuali. 3) Goreng sehingga garing kemudian angkat dan asingkan, (kalau sy, x suka goreng garing sgt nti x sedap sb keras,hehehehe) 4) Tumis bawang besar sehingga nampak kecut kemudian masukkn air,biarkan sekejap pastu masukkan jus lemon,cuka,dan gula, kacau sehingga kuah kelihatan pekat, pastu boleh angkat dan hidangkan. sekian, selamat mencuba